
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗡𝗜𝗔𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗥𝗣𝗢𝗥𝗔𝗧 & 𝗠𝗼𝗨 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗣𝗞𝗭 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗡𝗚
Selasa | 23 Disember 2025 — Alhamdulillah, Pahang Skills Development Centre telah dijemput untuk menyertai 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗿𝗽𝗼𝗿𝗮𝘁 dan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (MoU) Rakan Strategik oleh Pusat Kutipan Zakat Pahang, bertempat di Mana-Mana Kafe & Event Hall, Kuantan.
Pahang Skills telah diwakili oleh Encik Nasrul Rahman bin Abdullah, Timbalan Pengarah Eksekutif I (Pendidikan & Teknikal) dan Encik Fakhrul Adly bin Hashim, Timbalan Pengarah Eksekutif II (Pentadbiran & Pengurusan).
Semoga pembayaran zakat perniagaan ini menjadi asbab keberkatan rezeki Pahang Skills agar terus dilimpahi rahmat dan memberi manfaat kepada seluruh ummah, selaras dengan firman Allah SWT: “𝘈𝘮𝘣𝘪𝘭𝘭𝘢𝘩 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘩𝘢𝘨𝘪𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘳𝘵𝘢 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢, 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘻𝘢𝘬𝘢𝘵 𝘪𝘵𝘶 𝘦𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳𝘴𝘪𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘯𝘴𝘶𝘤𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘳𝘦𝘬𝘢.” (Surah At-Taubah: 103).






