
PROGRAM PENYAMPAIAN KOTAK KASIH RAMADHAN (KKR) PAHANG SKILLS
Suasana ceria dan penuh kemesraan mewarnai Program Agihan Juadah Berbuka Puasa Pelajar Pahang Skills yang berlangsung di The Arena, Pahang Skills.
Juadah berbuka puasa telah disampaikan oleh Encik Nasrul Rahman bin Abdullah, Pemangku Pengarah Eksekutif Pahang Skills bersama Encik Muhammad Suhaizzat bin Mohd Salleh, Pengarah Program Khas, Kemasukan Pelajar dan Citra Kampus (SPACE) kepada para pelajar.
Program ini bukan sahaja mengagihkan juadah berbuka, malah turut menceriakan suasana Ramadan serta mengeratkan hubungan antara pengurusan dan pelajar.
Ramadan diraikan, ukhuwah dipereratkan.






