Whistleblowing
POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT
Bagi meningkatkan usaha berterusan tadbir urus korporat, Pahang Skills telah mewujudkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Policy) bagi memudahkan warga kerja Pahang Skills dan Pelajar Kolej PSDC atau orang awam melaporkan sebarang perlanggaran tatakelakuan atau integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan dan salahguna kuasa seseorang yang dilantik oleh Pahang Skills dengan lebih berkesan.
(Rujuk Akta 711 Akta Perlindungan Pemberi maklumat 2010).
PERLINDUNGAN IDENTITI PENGADU
Mana-mana individu yang melaporkan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti akan dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat.
Di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan Pahang Skills Development Centre, sekiranya disyaki melakukan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti. Sebarang kes salah laku atau pelanggaran integriti yang dilaporkan akan disiasat menurut prosedur dan undang-undang yang berkaitan.
Borang Online Wistleblowing Klik Disini
Borang Perlindungan Pemberi Maklumat (PPM)Â Klik Disini