Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills) telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 17 Jun 1994 dan mula beroperasi aktif pada 1 September 1996 di Taman Perindustrian Semambu, Kuantan, Pahang di kawasan seluas 12 ekar. Pahang Skills ialah sebuah institusi latihan dan pendidikan berasaskan kemahiran yang ditubuhkan melalui kerjasama antara tiga (3) pihak iaitu Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan industri utama di negeri ini. Aktiviti teras Pahang Skills adalah untuk menyediakan latihan kemahiran untuk pekerja di sektor perindustrian, graduan & lepasan SPM.
Pemantauan prestasi dan perjalanan Pahang Skills adalah menerusi Majlis Pengurusan ( Management Council ) yang mana ahli-ahlinya adalah terdiri daripada wakil industri utama di Negeri Pahang dan juga Kerajaan Pahang sebagai Ex Officio.
Pahang Skills memperoleh akreditasi sebagai pusat latihan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Human Resource Development Corporation (HRD Corp), SME Corporation Malaysia (SME Corp), Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia), Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/ DOSH), Suruhanjaya Tenaga (ST), Siemens Malaysia, Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) & Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC).
Pahang Skills juga merupakan salah satu daripada 15 Pusat Kemahiran di bawah Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) dan bertindak sebagai Bendahari.
Program latihan utama yang ditawarkan di Pahang Skills adalah melalui tiga (3) kategori iaitu Program SPM TVET, Program Up-skilling Lepasan Graduan dan Skilled Workforce Micro – Credential Program.
Sehingga 31 Disember 2025, Pahang Skills telah melatih seramai 66,553 terdiri daripada pekerja di sektor perindustrian, graduan & lepasan SPM.
Pahang Skills turut menyediakan sewaan fasiliti seperti dewan, bilik seminar, makmal komputer, makmal iMac untuk majlis perkahwinan, graduasi, jamuan raya, peperiksaan, seminar, kursus, mesyuarat kepada agensi kerajaan, swasta, badan berkanun dan orang awam.
Pahang Skills juga telah diberi kepercayaan untuk menjadi Perunding Utama untuk membangunkan Pelan Digital Pahang 2021-2025 bersama Pahang Go Sdn. Bhd. Pelan perancangan 5 tahun ini bertujuan untuk mewujudkan ekosistem digital yang komprehensif dan saling berkaitan.
“Your SKILLS Your FUTURE”
