
𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐊𝐈𝐋𝐋𝐒 𝐃𝐈𝐍𝐎𝐁𝐀𝐓 𝐀𝐆𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐀𝐈𝐊 𝐃𝐈 𝐀𝐍𝐔𝐆𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆 𝟏𝐬𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟓
Selasa | 9 Disember 2025, Syukur dan bangga! Alhamdulillah, 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝐒𝐤𝐢𝐥𝐥𝐬 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐧𝐨𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐀𝐧𝐮𝐠𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 𝟏𝐬𝐭 𝟐𝟎𝟐𝟓, 𝐢𝐚𝐢𝐭𝐮 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐭𝐢𝐫𝐚𝐟𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐢 𝐊𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐏𝐚𝐡𝐚𝐧𝐠 kepada jabatan dan agensi negeri bagi kecemerlangan tadbir urus, penyampaian perkhidmatan dan pencapaian prestasi keseluruhan.
Majlis penganugerahan telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga kerja Pahang Skills atas komitmen, disiplin dan usaha berterusan anda semua. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk kita terus melakar lebih banyak kejayaan demi pembangunan modal insan dan kemakmuran negeri Pahang.






