
𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐊𝐓𝐈𝐑𝐀𝐅𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐎𝐎𝐊 𝐎𝐅 𝐑𝐄𝐂𝐎𝐑𝐃𝐒: “𝐓𝐇𝐄 𝐋𝐀𝐑𝐆𝐄𝐒𝐓 𝐓𝐔𝐑𝐍𝐎𝐔𝐓 𝐈𝐍 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐅𝐀𝐈𝐑”
Pahang Skills telah dianugerahkan Sijil Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori “The Largest Turnout in TVET Fair”, dalam satu majlis rasmi yang diadakan di Dewan Perdana, UNISZA, Kuala Terengganu, baru-baru ini.
Penghargaan ini diterima oleh Cik Faraliza Binti Abd Rahman, Pengarah Bahagian Pembangunan Lestari, Pengurusan Hartanah & Hubungan Strategik, yang mewakili Pahang Skills dalam majlis tersebut.
Penganugerahan ini adalah bersempena penyertaan Pahang Skills dalam Mega Fiesta TVET POLYCC 2025, anjuran Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), yang melibatkan 28 agensi dan institusi TVET seluruh negara serta mencatat penyertaan seramai 149,663 peserta.
Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan Pahang Skills dalam usaha memartabatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai salah satu aliran pendidikan utama negara.





