
Kumpulan ke-3 telah berlepas ke Liuzhou Railway Vocational & Technical College, China
Selasa | 10 Mac 2026- Seramai 15 pelatih Pahang Skills Kumpulan ke-3 telah berlepas dari KLIA2 ke Liuzhou Railway Vocational & Technical College, China untuk mengikuti program Assistant Train Pilot – PLKI-ECRL. Program ini mendapat tajaan daripada RHB Islamic Bank bagi menyokong pembangunan bakat di Pantai Timur khususnya Pahang dalam industri rel.
Perjalanan ini bukan sekadar pengalaman ke luar negara, tetapi juga satu langkah berani ke arah masa depan yang cemerlang. Semoga ilmu, pengalaman, dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkukuh pembangunan teknologi rel dan kejuruteraan negara.
Pahang Skills bangga dengan pencapaian anda semua dan mendoakan kejayaan berterusan. Ingat, anda membawa nama anak Pahang, anak Malaysia ke peringkat antarabangsa! Terus maju dan terus bersinar.






