
Majlis KICKSTART! THE ARENA | Pusat Aktiviti Pelajar Pahang Skills
Dari Foyer ke The Arena — transformasi ruang ini kini menjadi simbol semangat, kreativiti dan gaya hidup aktif pelajar Pahang Skills! 💪✨
Dengan wajah baharu yang lebih segar, moden dan dinamik, The Arena diwujudkan sebagai ruang utama untuk pelajar berinteraksi, bersosial dan menjayakan pelbagai aktiviti indoor.
Sama ada sesi permainan, perbincangan kumpulan, aktiviti santai mahupun mini showcase — semuanya boleh diadakan di satu ruang yang penuh energi pelajar! ⚡



Majlis KickStart! The Arena telah berlangsung pada 29 Oktober 2025 (Rabu) dan dihadiri oleh staf serta pelajar Pahang Skills.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengarah Eksekutif Pahang Skills, Encik Mahadir bin Abdul Raffar, sebagai simbol sokongan terhadap inisiatif membina komuniti pelajar yang lebih aktif, kreatif dan berdaya saing.
📍 The Arena, Pahang Skills
📅 29 Oktober 2025
🎤 Dirasmikan oleh Encik Mahadir bin Abdul Raffar, Pengarah Eksekutif Pahang Skills



