Mobirise

WHISTLEBLOWING


POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT

Bagi meningkatkan usaha berterusan tadbir urus korporat, Pahang Skills telah mewujudkan Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblower Protection Policy) bagi memudahkan warga kerja Pahang Skills dan Pelajar Kolej PSDC atau orang awam melaporkan sebarang perlanggaran tatakelakuan atau integriti seperti penipuan, rasuah, penyelewengan kewangan dan salahguna kuasa seseorang yang dilantik oleh Pahang Skills dengan lebih berkesan.
(Rujuk Akta 711 Akta Perlindungan Pemberi maklumat 2010).


PERLINDUNGAN IDENTITI PENGADU

Mana-mana individu yang melaporkan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti akan dilindungi oleh Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat.

Di bawah Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat ini, laporan boleh dibuat terhadap mana-mana individu yang mempunyai kaitan dengan Pahang Skills Development Centre, sekiranya disyaki melakukan salah laku rasuah dan pelanggaran integriti. Sebarang kes salah laku atau pelanggaran integriti yang dilaporkan akan disiasat menurut prosedur dan undang-undang yang berkaitan.

Mobirise

PANDUAN MENGISI MAKLUMAT MELALUI BORANG ONLINE

Untuk membolehkan siasatan dilakukan dengan cekap dan berkesan, maklumat yang perlu disertakan adalah:

1. Nama pengadu, nombor telefon, alamat surat-menyurat dan e-mel;
2. Nama, nombor telefon dan alamat surat-menyurat mana-mana pihak yang disebut di dalam aduan;
3. Butiran khusus mengenai bagaimana, mengapa dan bila perkara yang diadukan itu berlaku; dan
4. Bukti atau maklumat saksi yang boleh membantu siasatan.

Maklumat mestilah benar berasaskan bukti dan tidak melibatkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Alamat

Kampus Pahang Skills, Taman Perindustrian Semambu,
25350 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi

Telefon : 09-5673200
Faks : 09-5673192
Emel: enquiry@pahangskills.gov.my

Penafian

Pahang Skills Development Centre tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh di laman web rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara
Pahang Skills Development Centre 2021
Kemaskini 21 April 2021

Website was built with Mobirise