SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
TAHAP 3
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik 3 Fasa

Program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik 3 Fasa adalah berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK). Dalam program ini pelatih akan dilatih untuk menjadi juruelektrik perindustrian, juruelektrik umum dan juruteknik penyelenggaraan. Bidang pekerjaan yang boleh diceburi ialah dalam sektor tenaga, pembuatan, pembinaan ataupun dalam sektor pengangkutan. Dalam program ini pelatih akan dilatih untuk menguasai pendawaian tiga fasa, membaiki kerosakan peralatan elektrik , memasang dan menyelenggara motor mesin elektrik serta pelatih juga akan diajar menguasai kemahiran dan merancang kawalan menggunakan PLC, menggunakan perisian komputer, dan penyeliaan pekerja dalam tempoh pengajian. Pelatih boleh menyambung pengajian tahap 4 ataupun pelatih boleh bekerja dengan kontraktor elektrik, sektor perindustrian ataupun sektor awam.

Nama Program : Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa
Kod Program : EE-320-3:2012
Kemasukan : Januari dan Julai

Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik 3 Fasa)
Tempoh : 12 Bulan

EE-320-3:2012 CU01 : Three Phase Drawing
EE-320-3:2012 CU02 : Three Phase Wiring
EE-320-3:2012 CU03 : Three Phase Wiring Maintenance
EE-320-3:2012 CU04 : Three Phase Motor & Motor Control Installation
EE-320-3:2012 CU05 : Three Phase Electrical Appliances Maintenance
EE-320-3:2012 CU06 : Three Phase Wiring Testing & Commissioning
EE-320-3:2012 CU07 : Supervisory Function

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA TAHAP 3
(Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik 3 Fasa)

Juruteknik Elektrik Kanan

Mobirise
Alamat

Kampus Pahang Skills, Taman Perindustrian Semambu,
25350 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi

Telefon : 09-5673200
Faks : 09-5673192
Emel: enquiry@pahangskills.gov.my

Penafian

Pahang Skills Development Centre tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh di laman web rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara
Pahang Skills Development Centre 2021
Kemaskini 21 April 2021

The page was started with Mobirise