PENDAWAI ELEKTRIK FASA TUNGGAL (PW2)

Nama Program : PENDAWAI ELEKTRIK FASA TUNGGAL (PW2)

Tempoh : 30 Hari / Kelas Hujung Minggu
Syarat Asas
Syarat Suruhanjaya Tenaga (ST) belajar : 240 jam (lebih kurang 6 bulan di kampus Pahang Skills Semambu Kuantan Pahang)
1) Warganegara
2) Boleh bertutur & menulis di dalam Bahasa Malaysia
3) Berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa menduduki peperiksaan
4) Tamat tingkatan 5 sekolah bantuan kerajaan

Pengalaman
5) Pengalaman kerja melebihi 2 thn berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik dengan kontraktor yang berdaftar dengan ST
6) Memiliki buku log yg lengkap berkaitan kerja-kerja pendawaian elektrik bagi tempoh 2 tahun pengalaman disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan
7) Mengadakan penyata KWSP/SOCSO sebagai bukti pengalaman kerja 2 tahun

1. Perkara – perkara yang berkaitan :
• Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
• Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaanya.
• Standard MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Installations of Building’.
• MS 1936:2006 ‘Electrical Installations of Building – Code of Practice’.
• MS 1936:2006 ‘Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364’
• Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas
• dan rawatan renjatan elektrik.

2. Pengetahuan Elektrik Asas
• Pengenalan asas voltan, arus, rintangan, kuasa, aruhan, ‘capacitance’, frekuensi dan lain-lain kuantiti yang berkaitan dengan elektrik.
• Hukum Ohm.
• Sambungan bersiri dan selari.
• Formula kuasa
• Sistem Bekalan Elektrik dan kadaran voltan.

3. Kabel
• Jenis-jenis kabel, kod warna dan penggunaannya
• Pemilihan kabel yang betul iaitu seperti: -
a) Keupayaan membawa arus.
b) Pengiraan susut voltan.
c) Faktor pelbagai.
d) Faktor-faktor pembetulan.
• Jenis-jenis tamatan kabel.

4. Pendawaian
Sistem pendawaian:-
a) Pendawaian permukaan, tertanam, konduit,
sesalur dan sebagainya.
b) Faktor-faktor pemilihan sistem pendawaian.
c) Jenis-jenis dan saiz konduit/trunking.
d) Faktor ruang.

5. Litar lampu
• Suis satu hala, suis dua hala dan suis
• perantaraan.
• Litar kuasa.
• Jejari, gegelung dan ‘spur’
• Mata penghawa dingin.
• Mata pemanas air.
• Pengasing.

6. Alat Uji dan Pengujian
• Jenis-jenis ujian serta turutannya:
Kekutuban, keterusan, penebatan dan sebagainya.
• Jenis-jenis alat uji:
Insulation Tester, Earth Resistance Tester,
Multimeter, Ring Main Tester, RCD Tester
dan alat-alat ujian yang berkaitan dengan
pengujian pendawaian elektrik.

7. Pengukuran
• Alat-alat pengukur kuantiti elektrik.
• Penggunaan dan prinsip berkerja alat-alat pengukur i.e. Jangka Ampere, Jangka Voltan, Jangka KWH, Clamp On Tester, Avometer dan sebagainya.

8. Perkakas Suis & Papan agihan
• Jenis-jenis papan agihan, unit pengguna,bilangan hala dan;
• ‘Cut out’ dan ‘Neutral Link’.

9. Perlindungan Litar
Jenis-jenis kerosakan elektrik:-
• Jenis-jenis sistem, saiz alat ubah dan prinsip kendalian.
• Peranti perlindungan dan penggunaannya.
• Jenis-jenis fius, kadaran, kendalian, pengujian.
• Jenis-jenis suis utama, kadaran arus, kadaran fius.
• MCB, kendalian, kadaran arus, pengujian.
• MCCB, kendalian, kadaran arus, pengujian.
• Geganti kerosakan ke bumi.
• Geganti lebihan arus.
• Pengetahuan kedudukan ‘Outgoing Feeders’, ACB, MCCB, MCB, E/F relays,O/C relays dan sebagainya.
• Alat pengubah arus.
• ‘Cut out’ dan ‘Neutral Link’.

10. Pembumian
• Jenis-jenis sistem pembumian, prinsip pembumian, galangan kerosakan ke bumi, pengalir perlindungan dan elektrod bumi.
• Peranti RCCB (residual current circuit breaker) satu
fasa, kendalian dan peraturan yang berkaitan.

11. Sistem Perlindungan Kilat
• Jenis-jenis dan penggunaan penangkap kilat.

12. Radas - Radas Elektrik
• Prinsip kerja radas-radaselektrik seperti pemanas air, periuk elektrik, loceng elektrik dan sebagainya.
• Penghidup satu fasa.

13. Rekabentuk Pepasangan Elektrik
• Pengetahuan simbol elektrik.
• Pengetahuan membaca dan melukis gambarajah skema
• dan susunatur elektrik.
• Kod warna piawai bagi sistem telefon, gas, air dan ‘fire fighting’.
• Pengiraan beban. 

Suruhanjaya Tenaga ( ST )

Pendawai Elektrik PW2

Mobirise
Alamat

Kampus Pahang Skills, Taman Perindustrian Semambu,
25350 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi

Telefon : 09-5673200
Faks : 09-5673192
Emel: enquiry@pahangskills.gov.my

Penafian

Pahang Skills Development Centre tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh di laman web rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara
Pahang Skills Development Centre 2021
Kemaskini 21 April 2021

Made with Mobirise - See here