PROCESS PLANTS SAFETY AND HEALTH (PPSH)

Program PPSH ini dibangunkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan selari dengan kehendak loji proses serta mengikut piawaian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). Objektif program ini adalah untuk:-


• Menyediakan tenaga kerja yang kompeten di dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta layak menjadi Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan yang bertauliah;

• Sebagai nilai tambahan kemahiran dan pengetahuan kepada setiap pelatih dalam bidang keselamatan & kesihatan pekerjaan terutama dalam industri petrokimia dan lain-lain industri berkaitan;

• Melengkapkan usaha Kerajaan Malaysia di dalam meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapatkan pekerjaan.

• Memastikan pematuhan dengan Undang-undang dan mempromosikan perlakuan kerja yang selamat di tempat kerja.

Nama Program : Process Plants Safety and Health  (PPSH)
Kod Program : BC-22-B
Durasi Program : 4 Bulan (Belajar di Pahang Skills)
Penajaan : Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran
( PTPK )

Syarat : Lepasan ijazah dan diploma bidang Teknikal, Sains & Kejuruteraan
Syarat Tambahan
Umur
: 21 - 29 Tahun
Pendapatan ibu-bapa tidak melebihi RM10K.
WAJIB memiliki skrol Diploma / Ijazah ( Telah Konvo )
Tidak pernah membuat apa-apa pinjaman pelajaran dari pihak PTPK
Tidak pernah mengikuti mana-mana Skim Program Latihan Kemahiran Khas di bawah PTPK

Bahagian 1: Modul 1 hingga 4 akan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh DOSH untuk membolehkan peserta dilayakkan sebagai Pegawai Keselamatan setelah lulus peperiksaan Pegawai Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan oleh NIOSH.

Bahagian 2: Pengetahuan mengenai 

• Asas mencegah dan kebakaran
• Kemahiran pertolongan cemas dan CPR
• Keselamatan diruangan terkurung (Confined Space)
• Keselamatan bekerja di tempat tinggi dan bahaya yang berkaitan dengan industri petrokimia, perkilangan, pembinaan dan lain-lain.
Bahagian ini merangkumi latihan mendalam dan praktikal tambahan dengan penggunaan simulator.

Bahagian 3: Pengetahuan persediaan kerjaya iaitu berkaitan persekitaran budaya kerja dan keadaan kerja yang sebenar di industri .

Department Of Occupational Safety and Health (DOSH).
Sijil Kehadiran Kursus Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan ( 22 Hari (Kelayakkan Peperiksaan NIOSH)
Sijil Tamat Kursus ( Pahang Skills )
Sijil Modul ( Lain-lain )

Setelah menamatkan kursus ini, pelatih akan berpeluang bekerja sebagai Pegawai Kesihatan Keselamatan dan Pekerjaan, Penyelia Keselamatan, Penasihat Keselamatan, Safety Inspector dan lain-lain dalam bidang:
• Building Construction
• Engineering Construction
• Ship Building
• Gas and Petrochemical
• Chemical Industry
• Boiler and Pressure Vessel Manufacturing
• Alloy Industry
• Wood Industry
• Cement Manufacturing
• Other manufacturing industries 

Mobirise
Alamat

Kampus Pahang Skills, Taman Perindustrian Semambu,
25350 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi

Telefon : 09-5673200
Faks : 09-5673192
Emel: enquiry@pahangskills.gov.my

Penafian

Pahang Skills Development Centre tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh di laman web rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara
Pahang Skills Development Centre 2021
Kemaskini 21 April 2021

Created with Mobirise - Try here