Preaload Image
Back

Profile

Profil Pahang Skills Development Centre (Pahang Skills)

Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (Pahang Skills) telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 17 Jun 1994 dan mula beroperasi aktif pada 1 September 1996 di Taman Perindustrian Semambu, Kuantan, Pahang di kawasan seluas 12 ekar. Pahang Skills ialah sebuah institusi latihan dan pendidikan berasaskan kemahiran yang ditubuhkan melalui kerjasama antara tiga (3) pihak iaitu Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan dan industri utama di negeri ini. Aktiviti teras Pahang Skills adalah untuk menyediakan latihan kemahiran untuk pekerja di sektor perindustrian, graduan & lepasan SPM.

Pemantauan prestasi dan perjalanan Pahang Skills adalah menerusi Majlis Pengurusan   ( Management Council ) yang mana ahli-ahlinya adalah terdiri daripada wakil Industri (Swasta) seperti Pascorp Paper Industries Berhad, Kaneka (Malaysia) Sdn Bhd, Lynas Malaysia Sdn Bhd, Far East Holdings Berhad, BASF Petronas Chemicals Sdn Bhd, Petronas Chemicals MTBE Sdn Bhd dan Mieco Manufacturing (M) Sdn Bhd dan kerajaan Pahang sebagai Ex Officio yang terdiri dari wakil Pejabat Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Kewangan Negeri (SFINO), Pejabat Belia & Sukan Negeri, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) dan wakil Yayasan Pahang.

Pahang Skills memperoleh akreditasi sebagai pusat latihan daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Human Resource Development Corporation (HRD Corp), SME Corporation Malaysia (SME Corp), Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA Malaysia), Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/ DOSH), Suruhanjaya Tenaga (ST), Siemens Malaysia, Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) & Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC).

Pahang Skills juga merupakan salah satu daripada 14 Pusat Kemahiran di bawah Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) dan bertindak sebagai Bendahari.

Sehingga 31 Disember 2024, Pahang Skills telah melatih seramai 63,159 terdiri daripada pekerja di sektor perindustrian, graduan & lepasan SPM.

Pahang Skills mendapat keyakinan daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan pelbagai program latihan kemahiran untuk pekerja industri dalam bidang TVET. Bagi kursus Jangka Pendek, Pahang Skills telah melatih seramai 38,217 peserta merangkumi bidang Teknikal, ICT dan kemahiran insaniah. Antara syarikat multinasional yang terlibat iaitu Lynas Malaysia Sdn. Bhd., Isuzu Hicom Malaysia Sdn Bhd &, BI Technologies Sdn. Bhd. Selain itu, daripada jabatan kerajaan ialah Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

Pahang Skills juga telah melatih 6,112 graduan IPT melalui program peningkatan kemahiran yang dibiayai oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputra (YPPB), Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).  Antara program di bawah kategori ini ialah Expert Craftsman Electrical & Electronic Engineering, Grid-Connected Photovoltaic System Installation and Maintenance with IoT, Python Certification and Application in Data Analytics, Siemens PLC with IoT Integration, Manufacturing Management Foundation, Drone Agriculture and Fibre Optic.

Pusat Kecemerlangan (CoE) di Pahang Skills ialah hab untuk latihan bertaraf dunia, yang telah melatih seramai 1,878 peserta, direka untuk sejajar dengan keperluan industri masa kini yang semakin berkembang. Bidang tumpuan terasnya termasuk Drone Technology, Data Analytics, Artificial Intelligence, Creative Content, Sustainable Energy, Smart Manufacturing, dan Internet of Things (IoT). Menonjolkan kecemerlangannya, CoEs menawarkan pelbagai kursus masing-masing seperti UAV Operations (Drone)-RCOC, diperakui oleh CAAM, Power BI Data Analysis, dan PLC Automation, diperakui oleh SIEMENS (M). Dalam bidang tenaga mampan, CoE menyampaikan kursus permintaan tinggi seperti GCPV Systems Design, GCPV for Chargeman & Wireman, dan GCPV Installation and Maintenance, semuanya diakreditasi oleh SEDA. Dilengkapi dengan kemudahan canggih seperti studio kreatif dan makmal teknologi canggih, ia memastikan pengalaman pembelajaran yang unggul. Dengan komitmennya untuk memupuk bakat berkemahiran dan berdaya saing, CoE berdiri sebagai destinasi utama untuk profesional bersedia masa depan.

Pahang Skills juga telah melatih 16, 952 pelatih dalam bidang diploma dan sijil kemahiran bagi pelajar lepasan SPM untuk kursus seperti Pentadbiran Sistem Komputer, Operasi Sistem Komputer, Pembangunan Kandungan Kreatif, Rekabentuk Multimedia Interaktif, Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah, Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa dan juga Pemasangan & Penyelenggaraan Elektrik Fasa Satu sejak dari 1994.

Pahang Skills turut menyediakan sewaan fasiliti seperti dewan, bilik seminar, makmal komputer, makmal iMac untuk majlis perkahwinan, graduasi, jamuan raya, peperiksaan, seminar, kursus, mesyuarat kepada agensi kerajaan, swasta, badan berkanun dan orang awam.

Pahang Skills juga telah diberi kepercayaan untuk menjadi Perunding Utama untuk membangunkan Pelan Digital Pahang 2021-2025 bersama Pahang Go Sdn. Bhd. Pelan perancangan 5 tahun ini bertujuan untuk mewujudkan ekosistem digital yang komprehensif dan saling berkaitan. Empat (4) teras utama dikenal pasti iaitu; infrastruktur digital, kerajaan digital, keterangkuman digital dan industri digital

Share :