Diploma Kemahiran Malaysia
Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah - Band 2

Program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah adalah berasaskan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah digubal oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK). Dalam program ini pelatih akan dilatih untuk menjadi juruelektrik perindustrian, juruelektrik umum dan juruteknik penyelenggaraan. Bagi Graduan peringkat Diploma pula mereka akan terlibat dalam pelbagai bidang perkerjaan sama dalam sektor tenaga, pembuatan, pembinaan ataupun dalam sektor pengangkutan. Pelatih juga akan dilatih untuk menguasai pendawaian fasa tunggal, 3 fasa dan pemasangan dan penyelenggaraan elektrik voltan rendah. Pelatih juga akan diajar menguasai kemahiran dan merancang kawalan menggunakan PLC, menggunakan perisian komputer, membaiki kerosakan peralatan elektrik, memasang, menyelenggaran motor mesin elektrik, penyeliaan pekerja dan penyeliaan projek. Pelatih juga akan didedahkan dengan projek inovasi, merekabentuk kawalan motor elektrik dan membangunkan projek akhir. 

Nama Program : Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Voltan Rendah
Kod Program : EE-320-4:2012
Kemasukan : Januari dan Julai 

Syarat : Minima tamat tingkatan 3
Syarat Tambahan : Tidak rabun warna dan sihat tubuh badan
Tempoh : 36 bulan (30 bulan di Pahang Skills + 6 bulan latihan industri)
Lain-lain : Cara penilaian adalah secara single tier. Yang mana pelatih akan dianugerahkan sijil pada peringkat tertinggi sahaja. Pelatih akan dilatih secara berperingkat dari tahap 2,3 dan 4

SUBJEK TAHAP 2

EE-320-2:2012 CU01 : Single Phase Drawing
EE-320-2 : 2012 CU02 : Single Phase Wiring
EE-320-2 :2012 CU03 : Single Phase Wiring Maintenance
EE-320-2 :2012 CU04 : Single Phase Motor & Motor Control Installation
EE-320-2 : 2012 CU05 : Single Phase Electrical Appliances Maintenance
EE-320-2 : 2012 CU06 : Single Phase Wiring Testing & Commissioning

SUBJEK TAHAP 3

EE-320-3:2012 CU01 : Three Phase Drawing
EE-320-3:2012 CU02 : Three Phase Wiring
EE-320-3:2012 CU03 : Three Phase Wiring Maintenance
EE-320-3:2012 CU04 : Three Phase Motor & Motor Control Installation
EE-320-3:2012 CU05 : Three Phase Electrical Appliances Maintenance
EE-320-3:2012 CU06 : Three Phase Wiring Testing & Commissioning
EE-320-3:2012 CU07 : Supervisory Function

SUBJEK TAHAP 4

EE-320-4:2012 CU01 : Low Voltage Switchboard Installation And Maintenance
EE-320-4:2012 CU02 : Low Voltage Underground Cable System Installation And Maintenance
EE-320-4:2012 CU03 : Low Voltage Overhead System Installation And Maintenance
EE-320-4:2012 CU04 : Low Voltage Generator Installation And Maintenance
EE-320-4:2012 CU05 : Low Voltage Protection Devices Installation And Maintenance
EE-320-4:2012 CU06 : Soft Starter Installation And Maintenance
EE-320-4:2012 CU07 : Low Voltage Transformer Installation And Maintenance
EE-320-4:2012 CU08 : UPS And Battery Charger Installation And Maintenance
EE-320-4:2012 CU09 : Electrical Project Implementation Supervision

Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4
(Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik - Voltan Rendah) 

Pembantu Jurutera Elektrik
Penyelia Jentera Elektrik Sektor Industri yang mempunyai Jentera Elektrik Voltan Tinggi & Rendah
Penyelia Penyelenggaraan Elektrik dan Bangunan

Mobirise
Alamat

Kampus Pahang Skills, Taman Perindustrian Semambu,
25350 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi

Telefon : 09-5673200
Faks : 09-5673192
Emel: enquiry@pahangskills.gov.my

Penafian

Pahang Skills Development Centre tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh di laman web rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara
Pahang Skills Development Centre 2021
Kemaskini 21 April 2021

Created with Mobirise website template