DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA PEMBANGUNAN KANDUNGAN KREATIF

Program ini merupakan program latihan kemahiran berasaskan multimedia kepada golongon lepasan SPM/SPMV khusunya dalam bidang Kandungan Pembangunan Kreatif. Pelatih akan didedahkan dengan pengurusan bahan-bahan media seperti penyuntingan foto, grafik, audio dan video, menghasilkan produk multimedia serta dapat menghasilkan produk kreatif setaraf dengan kehendak industri. Selain itu, pelatih juga didedahkan dengan kemahiran softskills seperti kepimpinan, semangat kerja berpasukan, merancang, menilai, menguji dan juga menyediakan laporan kerja. Kemahiran insaniah juga diberi tumpuan kepada pelajar melalui penerapan kemahiran penyeliaan, perancangan perniagaan dan keupayaan teras.

Nama Program : Pembangunan Kandungan Kreatif
Kod Program : IT-070-4 :2011
Kemasukan : Januari dan Julai 

Syarat : Memiliki TERAMPIL Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Perekabentuk Pengarangan Multimedia (IT-070-3)
Atau

Memiliki TERAMPIL Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 Perekabentuk Multimedia Animasi & Visual (IT-060-3)

Tempoh : 18 Bulan

• Pengurusan Pengeluaran Multimedia (Multimedia Production Management)
• Reka Bentuk Pengajaran Multimedia (Multimedia Instructional Design)
• Pengantar Seni Multimedia (Multimedia Art Directing)
• Pengantar Audio Visual Multimedia (AV) (Multimedia Audio Visual (AV) Directing)
• Kawalan Kualiti Multimedia (Multimedia Quality Control)
• Penyelidikan dan Inovasi Multimedia (Multimedia Research and Innovation)
• Pemasaran Multimedia (Multimedia Marketing)

Diploma Kemahiran Malaysia ( Pembangunan Kandungan Kreatif )

Pereka Grafik
Pereka Multimedia
Fotographer & Videographer
Perekabentuk aplikasi interaktif 

Mobirise
Alamat

Kampus Pahang Skills, Taman Perindustrian Semambu,
25350 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi

Telefon : 09-5673200
Faks : 09-5673192
Emel: enquiry@pahangskills.gov.my

Penafian

Pahang Skills Development Centre tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh di laman web rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara
Pahang Skills Development Centre 2021
Kemaskini 21 April 2021

Built with Mobirise free creator