PENJAGA JENTERA / CHARGEMAN A0

Nama Program : PENJAGA JENTERA / CHARGEMAN A0

Tempoh : 60 Hari / Kelas Hujung Minggu
Syarat Asas
Syarat Suruhanjaya Tenaga (ST) belajar : 480 jam (lebih kurang 10 bulan di Kampus Pahang Skills Semambu Kuantan Pahang)
1) Warganegara
2) Boleh bertutur & menulis di dalam Bahasa Malaysia
3) Berumur tidak kurang dari 20 tahun semasa menduduki peperiksaan
4) Tamat tingkatan 5 sekolah bantuan kerajaan

Pengalaman
•Pengalaman kerja melebihi 3 tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
• Memiliki buku log yg lengkap berkaitan kerja-kerja pengendalian kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan hidup yang disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.
Atau
• Mempunyai kekompetenan pendawai PW1/PW2 @ PW3/PW4
• Pengalaman kerja melebihi 2 tahun dalam persekitaran dimana terdapat pengendalian kelengkapan elektrik dan mempunyai pengalaman mengawal kelengkapan hidup
• Memiliki buku log yg lengkap berkaitan kerja-kerja pengendalian kelengkapan elektrik dan mengawal kelengkapan hidup yang disahkan oleh orang kompeten berkaitan dan juga majikan.

1. Perkara – perkara yang berkaitan:-
• Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.
• Peraturan-peraturan Elektrik 1994 dan pindaan-pindaanya.
• Standard MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Installations of Building’.
• MS 1936:2006 ‘Electrical Installations of Building – Code of Practice.
• MS 1936:2006 ‘Electrical Installations of Building – Guide To MS IEC 60364
• Pemulihan pernafasan, pertolongan cemas dan rawatan renjatan elektrik.

2. Sistem Pencegah Kebakaran
• Pemilihan dan kendalian alat pemadam kebakaran mudahalih (portable fire extinguisher)
• Sistem gas halon dan “sprinkler”
• Sistem penggera

3. Alat-alat Perlindungan dalam Pepasangan Voltan Rendah
• Semua jenis pemutus litar (ACB, OCB, MCCB, MCB, ELCB, etc.)
• Suis-suis keselamatan
• Semua jenis fius-fius boleh didawai semula, HRC, “time lag fuse”, dan sebagainya.
• ‘oil dash pot’
• Pembumian

4. Elektrik Asas
• Angkadar / faktor kuasa (power factor)
i. Definisi dan perkiraan angkadar kuasa
ii. Kesan-kesan faktor kuasa yang rendah
iii. Kadaran pemuat (capacitor rating) bagi pembetulan
• Voltan
• Arus (litar arus terus dan litar arus ulangalik)
• Kuasa (kW, kVA, kVAR)
• Perintang
• Pemuat (capacitor)
• Gelung (Inductor)
• Asas kemagnetan

5. Pengubah (Transformer)
• Binaan, jenis, kegunaan, perbezaan antara pengubah jenis lain.
• Fungsi bahagian-bahagian penting dalam pengubah
• Pengujian (testing) dan mula tugas (commissioning)
• ‘Overhauling’

6. Kabel
• Pemilihan kabel
• Jenis, saiz, keupayaan membawa arus, susutan voltan
• Penyambungan dan tamatan (joints and terminations)
• Kerosakkan-kerosakkan pada kabel dan penganalisaan kerosakkan
• Penggunaan alat-alat mengesan kerosakkan pada kabel

7. Kabel Bawah Tanah
• Jenis-jenis kabel, saiz, keupayaan membawa arus, penggalian, cara merentang dan menanam kabel (excavation and cable laying) bagi berbagai situasi
• Penyambungan kabel (cable jointing), penentuan fasa (phasing) dan tamatan (termination)
• Perkakas kawalan (associated control gears) peti pembekal papan agihan (feeder pillar, distribution board).
• Pembinaan, pengendalian dan penyelenggaraan

8. Motor dan Alat Kawalan
• Jenis-jenis motor, kegunaan, perbezaan dan cara gerak tugas
• Penyelenggaraan, mengesan kerosakkan dan pembaikan
• Penghidup termasuk ciri-ciri perlindungan

9. Bateri
• Prinsip kerja
• jenis, saiz, penyelenggaraan dan sistem cas

10. Alatukur dan alatuji
• Pengenalan dan penggunaan berbagai jenis alatukur dan alatuji

11. Pendingin Udara
• Jenis-jenis pendingin udara
• Komponen-komponen pendingin udara
• Kendalian dan senggaraan

12. Pemeriksaan bagi Peralatan Papan Suis Utama
• Sistem pembumian, OCB, papan suis, ‘switching tripping equipment’”, pengasing, ‘relay and pilot wiring’, dan sebagainya.

13. Pepasangan penggunaan (consumer installation)
• Reka bentuk dan jenis-jenis pendawaian bagi pepasangan pengguna
• Pembumian
• Pengujian pepasangan (ujian-ujian turutan)

14. Lampu Jalan
• Pemasangan dan penyelenggaraan 

Suruhanjaya Tenaga ( ST )

Penjaga Jentera / Chargeman A0

Mobirise
Alamat

Kampus Pahang Skills, Taman Perindustrian Semambu,
25350 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

Hubungi

Telefon : 09-5673200
Faks : 09-5673192
Emel: enquiry@pahangskills.gov.my

Penafian

Pahang Skills Development Centre tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperoleh di laman web rasmi ini.

© Hak Cipta Terpelihara
Pahang Skills Development Centre 2021
Kemaskini 21 April 2021

Made with Mobirise site template